Sunday, October 23, 2005

Ramadhan - Hari ke 18

Lega.. lega.. lega..

Aku dah bayar Zakat Fitrah.. He he he.. takot le nak tunggu gaji. Aku korek duit tabung. Korek tabung sana. Korek tabung sini. Ada. Terus pi bayar. Huuuu... 3 tahun lepas, aku bayar untuk diri aku sahaja. Kemudian, aku bayar untuk diri aku dan diri isteri tercinta. Tahun sudah, campur lagi satu. Tahun ni, dah jadi empat.. Tahun depan? Empat le lagi agaknya.. he he he... (pandang kiri kanan, karang ada orang kejar aku ngan batang penyapu..)

Hari ini, pekena menu Moghul. Roti Nan. Power tak power, nampak cam kecik. Nak bantai 2 keping sorang. Tapi bila dah telan, huuu.. sekeping pun dah kenyang. He he he itu le namanya nafsu. Hmmmm.....Pastu, air istimewa hari ini, Rootbeer A&W. Kita orang beli 2 botol dengan rega tak sampai seketul pun. Nak bagi lagi mengancam, kitorang beli aiskrim Walls perisa Vanila. Uwwaaa laaaaahhh... (maap kak engku)

Hidup Biar Sedap..Bak kata Wall's pula, "Hidup Biar Sedap". Hmmm memang sedap. Tapi rasanya mungkin tak macam yang tulen kat A&W, kitaorang main belasah aje. Minum.. minum.. dan minum. Hasilnya, ada orang pengsan kepeningan selama sejam lebih. Nak buat cam ne, pukulan angin menolak dari dalam perut agaknya. Mungkin disebabkan eskrem yang dah agak cair tu. Kira kurang kat sejuk dia kot.

Korang berbuka ape?

No comments: